Monday, June 4, 2012

1.5 jenis-jenis sumber maklumat

1.5.1         Definisi Sumber
Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membantu proses pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 jenis:
a.  Sumber primer
Sumber primer bermaksud hasil kerja asal sama ada diterbitkan atau tidak yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada.
   Ciri-ciri sumber primer:
            i.  Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru. 
           ii.  Melapurkan penyelidikan yang asli.
          iii.  Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang baru.    
          iv.  Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.
           v.  Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.


        b.      Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. 
  Contoh sumber-sumber sekunder ialah:

    i.    Terbitan berkala / terbitan bersiri / jurnal (yang memberi lapuran tentang perkembangan sumber primer).
   ii.    Perkhidmatan indeks dan abstrak.
  iii.    Ulasan (reviews)
  iv.    Buku teks / monograf.
   v.    Bahan-bahan rujukan atas rak.
  vi.    Ensiklopedia
 vii.    Kamus / glosari / istilah.
viii.    Buku panduan (handbook).
  ix.    Jadual.
   x.    Formula.
  xi.    Pangkalan data.

      c.    Sumber Tertier
Ia juga dikenali sebagai sumber umum.  Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer.  
Ciri-ciri Sumber Tertier.
Sumber tertier dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

Contoh-contoh dokumen sumber tertier ialah:
        i.      Buku tahunan.
       ii.      Bibliografi kepada bibliografi.
      iii.      Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures).
      iv.      Panduan kepada perpustakaan.
       v.      Panduan kepada sumber maklumat.
      vi.      Panduan kepada organisasi.

Umumnya sumber pengajaran di kelaskan kepada dua kategori iaitu :
·         Sumber manusia - guru-guru, rakan sebaya, pelajar, pakar-pakar dalam bidang tertentu
·         Sumber bukan manusia- bahan cetak, bahan audio, bahan tayang, bahan bukan tayang, sistem video
 Kesemua sumber diletakkan dalam satu tempat untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan, seperti, pusat sumber.




1) WAN NOR ATIQAH BT ISMAIL
2) KAMISAH BT ABDUL RAHMAN
3) HAMIDAH BT MOHD SHUKOR
4) ROHAIDA BT ABDUL SUKOH
5) SALMI BT SAEDAN


No comments:

Post a Comment